10 January 2012

circle of friends

intro:

masa zaman sekolah rendah kitorang ade geng. siap ade nama lagi geng tu. nama terpaksa dirahsiakan demi kesejahteraan umat bersama. kehkeh. 6 orang. lepastu buku biodata wajib lah nama 6 orang ni kat muka terdepan sekali. haha. haishh zaman paling best dalam hidup ^_^

masuk menengah rendah, pun ade geng jugak. tapi berkurang sikit dah. 4 orang. ade name gak. haha fateh esma sya tina jadilah 'FEST'. 3 tahun yang banyak sangat mengajar erti hidup. ecewah pilihan perkataan kene dramatik. tapi betul lah tak tipu. belejar hidup dari kawan dan cikgu dan disiplin dan peraturan dan sekolah yang cambest. gile bersejarah batch aku kat mrsm kuala klawang tu weh. tanye lah memane budak KK batch 2000-2002, sumpah semua takkan lupa. suka duka. haihhh. betul betul erti hidup ^^

masuk menengah.. err atas? haha ok upper form lah biase sikit dengar. seminggu pertama loser gile ah rase Ya Allah tak pernah lupe feeling itu. aku sekor sesat kat jasin. diorang yang lain masuk muar. lepastu mase first roll call boleh pulak die suruh ikut result PMR. kau tahu 7 orang je yang tak 8A. ye haruslah aku termasuk disitu. haha kau rase aku trauma tak? memang lah aku tak lupe sampai mati oi.
hehe tapi jasin best. mase ni dah besar sikit takde nama2 geng dah. sebab aku takde geng mungkin? haha! rapat dengan awin leen misya aidil anis fauzi. dekat jasin student satu batch ramai sangat and kami datang dari pelbagai sekolah plus 2 tahun je kat situ so macam bonding tak kuat sangat kot. kot laa. ke aku je rase camtu aku pun tak sure. hihi.

masuk matrikulasi pulak. mase ni cambest gile sebab ramai kengkawan jasin pun dapat matrix pahang. haha so geng muncul balik. ni memang kamcing gile siyes. liza ain fad zam epah qoying hajar. dengan adenye mereka kehidupan dalam hutan gambang aku sangat bermakna. hutan wey gambang. oh sekarang dah ade air terjun fames kat situ.

dan masuk lah MSU shahalam...

eh ade sebulan dekat UKM. walaupun cuma sebulan tapi UKM kolej ibuzain banyak kenangan. ngheehhe :D takyah cerita sebab takde kaitan. mase ni rapat dengan bebudak FST. merasa lah aku hidup kat universiti dengan kata sebenar jugak. best wey ukm. nanti nak sambung belajar kat sana.

ok sambung.
dekat shah alam, bermula lah cerita kisah kamikami ini. yang aku selalu dok cerita pasal diorang letak gamba bagai. mereka lah tu.

dan sekarang di bangalore.
semakin bertambah tahun pembelajaran, semakin sedikit bilangan ahli kumpulan yang sentiasa bersama.
tahun dua: sekelas satu batch dengar lecture ramai-ramai.
tahun tiga: group semakin kecil. tapi jumpe semua orang jugak mase lecture.
masuk tahun 4 sekarang tinggal berenam. eh lima kot. dengan mereka lah segalanye. mana tak nye pagi-pagi dah jumpe sampai lah petang. kalau on-call sampai lah malam muka tu jugak. balik rumah semua dah penat buat hal sendiri. esok hari rutin yang sama berulang.


isi kandungan:

makanye ape?
semakin membesar semakin kecil circle of friends kita.

makin besar, makin besar tanggungjawab, makin berat beban yang dipikul, makin serius dalam hidup. tujuan hidup sudah jelas. tapi bersosial tetap tidak berkurang. sekarang ni bersosial tu dah jadi macam tanggungjawab jugak tau. contoh:

A: weh jom join kuar makan
B: alamak sorry aku dah janji dengan 'CDEFG' tengok muvi malam ni

H: weekend ni bowling jom
I: alamak aku ade makan-makan kat umah 'J' la.


see see. nampak tak tanggungjawab disitu. sebab kita dah jarang jumpe semua orang. dekat hospital tu jumpe from jauh sengih lambai tangan je. jalan sebelah haihaibyebye je. jadi bile weekend jadual full. ade je aktiviti.

oh ini penegasan kepada kamu diluar sana yang menganggap budak medic takde life. hello~ social calender kitorang full okay. haha. peace!

circle of friends mengecil bukan bermaksud kite takde kawan. maksud circle of friends tu sendiri dah bagitahu: 'an exclusive circle of people with a common purpose'.
makaaaa, terjadilah seperti sekarang hidup kita ni :)
dari pemerhatian, kebanyakan kita mengalami perkara yang sama sepanjang perjalanan hidup ni cuma cerita diatas adelah cerita saye.

sekian lah kot. plan asal nak letak gambar buat timeline tu. tapi malas ah tetibe nak selongkar album. heheh.

bye!

1 comment:

_b4rb_ said...

agreed totally.period.