21 August 2010

semoga roh Khairina aman. Al-Fatihah.

UTUSAN MALAYSIA ONLINE- Sementara itu, di Sri Medan, seorang guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Putra, Tongkah Pechah, maut apabila skuter ditunggangnya berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Khairina Badron, 23, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku di simpang tiga di Kilometer 14.5 Jalan Yong Peng-Muar yang disifatkan oleh pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Mohd. Fazree Mohd. Ariff sebagai 'simpang maut'.

"Simpang itu terletak di jalan yang agak berbukit dan waktu kejadian, difahamkan kawasan itu agak berkabus.

"Mangsa yang keluar dari simpang dan menghala ke Batu Pahat telah dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang sedang menuruni bukit," katanya.

Beliau memberitahu, motosikal mangsa terseret sejauh kira-kira 30 meter akibat perlanggaran itu dan pemandu pacuan empat roda tersebut hanya mengalami kecederaan pada mata akibat terkena serpihan kaca.


AL-FATIHAH untuk arwah khairina. kitorang panggil die k-rina. kawan dari form 1 sampai form 5 satu sekolah. tak rapat sangat tapi, terasa sangat jugak. satu kelas 2 tahun. jiran sebelah bilik pun 2 tahun. masa dapat tahu pagi semalam banyak sangat update kat facebook, aku dalam kelas surgery. mmg distracted gile lah lepas tu. T_T

sedih, ada sikit rasa menyesal kat hujung hati kenapa lah dah lama tak tanye kabar berita die. T_T

takziah pada keluarga arwah. kawan2 yang rapat dengan die. fahimah, aina, piah jugak. aku yang tak rapat pun terasa sangat apelagi diorang.

bacekan yassin je yang mampu. khairina, semoga awak bahagia dekat sana.

Ya Allah kau cucuri lah rahmat ke atas roh Khairina binti Badron. Sungguh, kami sayang die, tapi Allah lebih sayang. T_T