30 April 2009

BABAI BUKU BABAI EXAM. mwahh3

dengan berakhirnya paper malaysian studies tadi jam 5.20 pm dengan ini secare rasminye diistiharkan kami dah habis belajar. *wink wink*. babai buku sekalian. babai exam. babai kuiz. babai kolej. ok masih perlu ke kolej. community medicine ade 6 modul kene datang kelas. oh sangat lah tak sabar nak start praktikal bulan 7. ^_^

walaupun exam tak boleh nak jawab tapi kegembiraan kepuasan dah habis semua sem mengatasi segalanye. ngeh2. tak terkate woh. muke semua sengih je kaluar exam hall. sepanjang2 jalan jumpe mereka2 yang terlibat semua akan berkate 'yayy!! DAH HABIS WEYH. HEPI GRADUATION'. balik rumah pun semua nak jerit gak lagi. ceh padahal belum officially habis pun lagi. haha. tapi hepi weyh! mugkin masih perlu bukak buku lepas ni lagi tapi takde exam besar dah. assesment je sume 5 credit hour yang last ni untuk 8 modul. yeyehh.

cite pasal exam. aku dengan ayin tertukar jadual. paper pagi ingat petang paper petang ingat pagi. haa amik kau. lari semua planning study. akibatnye untuk msian studies tak abis bace. gap lak 2 jam je. huwaaa T_T memang rase nak nangis gile lah rase akan fail je. tu laa.. sape suruh tido malam tadi. tak boleh laa. malam exam aku mesti akan tido. bak kate buddy si kulit bawang 'ko memang takkan ade masalah tido bile malam exam, problem tido ko bile ade kelas pagi je' ngehehe. konon nak tido 1 jam. terlajak 4 jam. tido tu penting apeee =p


KEJADIAN MENARIK EXAM ARINI:

1) depan exam hall. dah pukul 2. paper dah start sepatutnye. tiba-tiba....invigilator datang dan berkate:

"exam tangguh pukul 3 ye. exam department taktau kamu ade exam arini. jadi diorang baru nak print paper kamu."

~ haha. apekah?? lawak tul. slip exam dah keluar leh lak taktau ade exam. apekebende lah. tapi bagus lah gak ade extra mase untuk aku yang gile banyak berserah je tak sempat bace.


2) soklan pertama bahagian subjektif:

'berikan 5 kementerian yang wujud dalam kerajaan malaysia dan menteri yang bertanggugjawab'

~ hahah! gilo. sia2 je markah aku. dah la yang baru ni semua name kementerian dah banyak bertukar. menteri pun memang aku tak hingat lah kan. shahrizat jadi rafidah. aku lupe langsung ape name shahrizat. khalid nordin aku letak menteri pendidikan. hahah. ciss la soklan camtu.



#baki: esok mak ayah abang adik datang . cant wait ^_^. oh malam cepatlah siang. gudnite! -_-

28 April 2009

amaran: ini rase marah.

7.30 am:
~ baru tersedar sebab hanfon bunyi. ade kuiz kejap lagi yang aku tak bace langsung lecturer lak skema nak mati dr fatima itu. malam tadi kul 10 dah tido tak berjaye tolak hasutan katil memanggil2. isyak terbang subuh terbang. maaf semua msg dan call malam tadi satu pun tak dengar. yang aku ade ingat cume ayin kejut die ade cakap 'sya, bangun study sok ayin nak tiru sape kalau sya tido' pastu aku jawab 'sya tiru ayin sok. ngantuk..'. rase-rasenye bukan mimpi. RASENYE LA~ *perasaan kacau bilau gile risau weyh*

8 am:
~ kain aku terbakar sampai berlubang dek iron penyelamat itu sebab iron lagi satu dah terbakar. walupun kecik tapi keras woh jadinye. nasib belah dalam baju tak nampak. then tudung plak taknak hilang2 kedut. baran gile. last2 aku pakai tudung itam tak iron. jam tertinggal. pensil tertinggal. losyen tak amik tak sempat pakai pun. konon2 nak siap cepat lepas tu bole lah selak toratora sekejap cari ossification nasib tak masuk kuiz. turun bawah bas tak sampai gak lagi. chulan memang sepatutnye resign dari jadi driver bas tak bertauliah.

tengah iron:
~ buddy bagitau cerita murahan MSU pasal tiba-tiba kate mungkin kami tak jadi di'fly'kan. kepala hotak die. pfsarasin kan. pagi aku sangat teruk harini. memang lah cerita tu semua kabar angin. tapi di MSU ini segala kabar angin yang bodoh camtu possibility untuk terjadi sangat tinggi. 90% mungkin. wawi tul. tak boleh ke kalau saman MSU ni ah. janji dan segala plan tak pernah tepat mase. ko ingat ko main2 dengan ape. future kitorg ko tau tak. kalau nak suruh aku end-up amik master tak pun keje dalam lab aku prefer stay je kat ukm tu lagi bagus amik nio dengan bes nak mati idup kat universiti betul banding universiti cam hape ni. tak boleh ke MARA firm sikit dengan MSU nih. bukan patutnye yang sponsor ke yang lagi berkuatkuasa katenye perlu diikut. ughh! ye baik. aku stop sekarang. ilek ar kabar angin je kite tunggu dan lihat

930 am:
~ sem ni lecturer skema kuiz pun nak duduk jauh2 tak boleh ade bunyi sikit pun orang berjalan pun kene 'QUITE!'. aritu BM ni anatomy lak. aku leh jawab satu soklan je. soklan last komfem taktau ape nak jawab. camne nak differentiate pelvis female and male. budus aku dah terpikir nak cari dah semalam tapi lupe dan tido. selamat. aku jawab 2 baris je ayat. blur. nak mengarut pun taktau.

11 am:
~ kelas panas seat aku tak rase ekon langsung campo mood cam hape memang aku diam je la sepanjang2 pagi. tak bercakap pun dengan sesape walaupun ayin dan buddy. T_T

petang:
~ semalam isnin midsem. dapat tau khamis lak final kedua2 paper. msian study pagi medical diagnostic petang. hebat tak kami? ISNIN MIDSEM KAMIS FINAL EXAM. hebat kannn. nampak tak kehebatan MSU denagn namenye MANAGEMENT UNIVERSITY itu?

6.30 pm:
~ sepatutnye bas dah datang tapi 15 minit kemudian baru datang. dan........... SETENGAH JAM lepas tu baru jalan. cam syialan. bile aku sound si chulan babeng itu die nak marah2 suh tengok jadual die tampal kate 6.45 baru ade bas. helo? jadual kau kasi 6.30 ok.


dengan ini diistiharkan hari ini HARI MALANG SEDUNIA aku.

#baki: maaf lah. penuh aku mencarut.

26 April 2009

BELAJAR LAH SELAGI ADA PELUANG. cewah

YA ALLAH, KUATKAN LAH SEMANGAT DAKU MELIHAT DAN MEMBACA DAN MEMAHAMI DAN MENJIWAI NOTA.

melambai2 sambil berkata 'meh tido meh' @_@ ngantuk!

teramat mahu ke katil. mata macam antu chaba merah bak biji saga kecik macam kene matahari terik. dugaan. cobaan. dan aku perlu matikan internet, seriously.


kami lah champion when it comes to exam.

tak terkira sebulan berape kali exam.

esok mid-sem exam for MD 2. tapi aku tak study. macam bukan aku je. semua orang. kecuali jama obviously. bukak nota je lebih. slide presentation on tapi musang api tetap tebukak jugak walaupun dah taktau nak buat ape lagi. bace tak sampai satu line (bukan satu point, satu line!) da kembali ke tenet.

ape nak buat. dah terlalu malas nak layan dah terlalu selalu sangat exam dah terlalu banyak sangat test sampai exam mid-sem yg 30% pun dah tak menakutkan. campo frust tak jadi habis belajar minggu ni jugak. makanyeeee lantak ko la labu exam pun exam la malas den nak layan.

oh akhirnye kekusutan masalah hanfon aku tak boleh install theme yang di donlod berjaye ditemui penyelesaian. lame gilos hanye setelah dekat 2 tahun gune hanfon ni baru jumpe macam mane nak buat. dah tau macam mane nak fix certificate error die dah. ngeh bapaknye buta it dan hanfon aku. so sudah terang lagi jelas ape yang dibuat sepanjang hari instead of belajar 6 subjek berkaitan MD aku pegi download dan cari mencari theme yang cantik dan cumil2. hehehe. sekarang dengan rasminye hanfonku dah bertheme yang cantik tak bosan asik gune theme dots and nokia je. wink wink.

eh aku tengok sehati berdansa jugak. malam tadi tido pukul 5 tengok semua MV jay chou. dah tengok pun tengok lagi.

#baki: nak gi lipat baju tujuan asal. singgah depan laptop sekejap. tersangkut la plak.

menarik

"Love is for two loser that afraid to be alone..."
Steven Hyde

ketam berotot

salah seorang peserta yang masuk game show NINJA WARRIOR kat tv maghrib tadi= lelaki penjual ketam berotot besar bawak ketam gantung kat bahu berjuntai-juntai panjang sampai kat kaki. trademark. game show mesti lah ade pengulas pencakap yang laju macam tengok bola tu kan. ape ah name die. aku lupe

pengulas: ye itu die OTOTNYA KELIHATAN SEPERTI OTOT KETAM.

hahaha budus punye mamat pengulas. main cakap je.

25 April 2009

dah terhantuk baru tergadah

dah teramat sedar aku spend duit sangat banyak dan boros ke arah bende yang tak nampak dek mata kasar kemane pegi duit itu. sekarang dah terase sengkek kerana duit semakin nipis kurus dalam akaun dan duit dari ayah tersayang juga semakin mengurus mungkin kerana gawat ayah saye kerja sendiri takde gaji tetap makanye mungkin terase juga sedikit sebanyak. kalau dulu duit elaun campo duit yang pasti dapat dari ayah kesayangan akan menyebabkan seperti menghampiri double elaun sebulan dan aku berjaya menghabiskan dengan jayanye tanpa rase susah. tetapi sekarang semakin menguncup amat makanye komfem lah kan aku da terase keperluan berjimat cermat. elaun mara tak cukup weyh.

dah ade azam baru. memandangkan misi untuk kurus semula yang dalam angan-angan mat jenin belum dilaksanakan. so nak start lah. diet. diet betul2 ok kali ini. tak tipu dah. puase. indirectly akan berjimat cermat. tapi kalau puase lepas tu buka pegi makan kedai RM 10+ same je jadinye sebab selalu pegi buat macam gitu. aih. jogging jogging jogging. kembali jogging.

doakan saye berjaye survive untuk lagi 5/6 hari sebelum elaun masuk dengan hanye RM 100. memang ajaib dan hebat jika berjaya. haha PERLU BERJAYA weyh mane aku nak dapat duit kalau tak berjaya.


#baki: tadi berjalan-jalan bersiar kat jalan TAR dan sogo aku da habiskan RM 200++. tapi tak menyesal dan sangat hepi rasenye. so nampak tak sebab kene puase sekarang? ngeh2

#baki lagi: eh ayin pun da tengok cite tu =D. lagi satu! soundtrack cite tu siyesly bes gilos lirik semua seswai menerangkan keadaan campo muzik bes. pegi tengok skrg.

#baki3: seswai kan tajuk tu. ngee ^_^

23 April 2009

good news or bad news first?

miss halijah:

"ok untuk LI kamu seperti yang dirancang adelah bermula 5 may kan. kamu akan buat community medicine kat 4 buah hospital kat negeri sembilan dan perak secare rotation. OK MACAM INI. ade 8 modul dalam community medicine. bla bla bla bla........... which mean.. PRAKTIKAL AKAN BERMULA AWAL BULAN JULAI 2/3 MINGGU DI HOSPITAL JELEBU. BERMAKNA KAMU AKAN BELAJAR 6 MODUL DALAM KELAS LAGI 2 BULAN."

ughh faham tak perasaan sangat exited nak habis belajar da penat mengadap exam buku kelas lecture tiba-tiba kene extend lagi 2 bulan. T_T. you definitely made my day. sia-sia countdown sebab tu da ditamatkan riwayatnye. bende macam ini sepatutnye sudah dan sekurang-kurangnya boleh dijangka bile anda belajar di MSU terchenta. tapi harapan dan impian yang tinggi untuk keluar dari dunia belajar untuk sementara waktu membuatkan semua itu tericir (ke terlepas) dari pandangan. pehal tah ayat camnih.

akan kembali ke kuala klawang tempat asalusul mengenal erti suka duka hidup boleh lah melawat sekolah kesayangan yang dah ade upper form sekarang. i tell you what. KK bes weyh. pagi-pagi jalan dalam kabus sebab atas bukit jalan dalam titisan-titisan air pukul 7 pagi nak pegi rollcall. nampak bukit penuh pokok yang bile musim daun gugur macam musim luruh kat negara empat musim. bila daun mula tumbuh nanti nampak separuh hijau muda separuh hijau tua. cantik! sape kate malaysia takde musim cantik macam tu. tapi kenape mesti lagi 2 bulan T_T.

tidak sangka berita itu betul2 buat aku depressed tanpa sedar. buat ape pun semua tak jadi semua takde mood semua malas main game pun jadi bosan takbes. last2 tengok angus, thong and perfect snogging lagi sekali. seriously i love that movie. cerita die takde la berisi yang macam high quality sangat. tapi aku suka slang british die yang sangat pure. cara dorang becakap. i like~ da tengok confession of a shopahalic jugak. haha best lawak gila cerita itu. ye aku tau sangat lambat baru aku tengok kan. shadap.

aih. haihh. aishh. sheesh. semua jenis mengeluh da keluar. tak baik mengeluh.


#baki: nak pegi join anal tengok cite tu lagi sekali lah. see anal da berjaye dipengaruhi. kamu-kamu bila lagi? *wink wink*

#baki2: takde good news pun sebenarnye. tah ape2

angus, thong and perfect snogging


tik tok tik tok. jam kul 2.25 am. baru abis tengok cite tajuk kat atas panjang sangat nak taip balik. ngeh. best bbeesstt bbeeesssstttt. maka nak syorkan anda juge tengok lah.

cite british. aku suke tengok cite british sebab slang dorg cakap cambes. dulu memule tengok harry potter gile la sangat tak paham satu ape pun dorg cakap. bile asik ulang-ulang tengok sume cte harry potter balik (kecuali the prisoner of azkaban. tak minat sangat sebab antu2 die tu macam scary aku tak suke. nguhuhu) dan mule tengok banyak cite british baru leh paham.

tiap cerite ade message yang mahu disampaikan kan sepeti biase. cerita ini pasal frenship and love. normal bile dah ade boifren kau kind of melupekan kawan2 besfren sekalian. tapi tak bemaksud tak kawan terus. cume mase lg banyak dengan boyfren la. erk takyah explen pun paham kan. tapi still semangat setiakawan itu sangat kuat. aku suke jas dalam ni. cantik ofcosh la satu sebab kan. itu wajib. ngeh.

you don't have to be perfect to be loved by the one you love. *wink*

dalam cite ni kan..semua yang slack dan memalukan sume jadi kat depan mamat yang die suke tu. haha lawak kesian malu weyh. tapi sweet gak. hee. and bile dengan mamat tu dorang suke buat sesuke hati. scene berpure2 struggle semangat main gitar same2 atas bot yang atas darat tu sangat best. haha weyh sile pegi tengok sume orang. ni nikelodeon's movie. what do you expect kan. cinta budak sekolah yang sweet2 lah pastinye.


saje letak gambar mamat hot 2 orang nih nak suruh korang tengok cite ni. ngehehe

lagu ULTRAVIOLET -THE STIFF DYLANS juge best. eh dorang ade perform dalam cite tu. meh meh tengok. nampak tak betape aku nak pengaruh korang tengok cite nih

#baki: ok skrg 2.39 am. gudnite eberibadih, sok kelas kul 8. babai nak tido.

22 April 2009

THE SNIPER

im dying to watch this movie. help. anyone care to watch with me? kalau konon buat-buat rajin baik nak teman aku pun takpe. sebab aku tahu kawan2 ku majoriti ramainye tak berminat dengan cerite cina. cite cina tanpe ragu2 temasuk dalam kategori 'cite ni donlod je laa'. huk saye mahu tengok ini cerite.

kat sini tak nampak aku fanatik cite cina camne. tak macam mase kat matrix. mereka2 tahu terutama liza =D. sanggup cari surat khabar cina gunting segala gamba2 mamat minah yang aku suke gile. kalau mengadap internet ari gamba. tengok segala website mereka. siap berchatting lagi. haha. ok malas nak cite. liza ain zam epah hajar tahu cite ni. eh qoying ko tau tak eh? hehe. gile time tu.

edison ade dalam cite ni. lepas setahun senyap pasal scandal sex die tu. akhirnye! yeyehh! lame weh tak tengok cite die belakon.


huang xiao ming pun ade. mamat dalam condor hero jika anda follower cite tu dahulu.


you are my own personal type of heroin. bukan edward cullen. =p
(ni dalam cite 'twin effect @ vampire effect'. punce aku suke vampire)


#baki: aku rase aku da terdelete folder gamba edison. cari tak jumpe T_T *ye saye kipas susah mati die*

bunga-bunga riang berputik

geli gila tajuk. macam bunga-bunga cinta berputik segar di taman hati. haha jiwang.

waahhh hari ini bangun pagi hatiku berbunga riang senyum tak boleh berhenti mood sangat baik. malam tadi aku mimpi best gilaaaaaaaaaaa amat menarik. erk bukan malam. pagi. lepas subuh punye tido.

ya allah aku berdoa semoga menjadi realiti. =D =D. AMIN. cepat amin kan jugak! tapi tak payah sibuk nak tau =p


#baki: semua perkataan diatas BM yang sah bukan rekaan pasar. tahniah sya

coming soon

ye aku tau aku lembap update cite ni. haha shadap. tau da lambat 5 hari. tapi sukati ah. nak gak! =p

jumaat lepas hari bahagia. pegi kelas pagi2 buta tapi kelas cancel so ke pkns hair treatment sebagai ganti. sebelum tu gi melawat wawa dan kroni2 kat tempat kejadian kete wawa rosak. sian wawa. rm 850 terbang. pheeeww~

plan nak tengok coming soon yang tetibe ramai gile join. haha gempak weyh. cam rombongan sekolah pun ade. bas je takde. petang tu gi sunway nak teman jama gi maxis center. before tu transit kt bunsfield dulu untuk sesi besame setiausaha. siap ade list macam buku 555 lagi. confirm kan bape ramai nak pegi tengok coming soon cite antu thailand yang seram cam hampeh lawak. call punye call punye message punye kira2. gahh! 26 orang sah join. makanye ke sunway kami terus membeli tiket muvi.

akak tgv: cite ape?
kami : coming soon. midnight.

akak tgv: ok..berape orang?

kami : 26

akak tgv: *muke blur mata tak bekelip pause 5 saat* 26??

kami : haa. 26. couple seat eh kak
akak tgv: oo ok. hmm.. aa.. tengok satu keluarga ke?
kami : haha takde lah. satu kelas.

haha. exited perasaan membeli tiket banyak camtu. tak penah dibuat. ade yang pernah?? plan nak masukkan dalam guinness world record. malaysia book of record pun jadi la. kalau da penah ade tak jadi la kan. so korang better jangan ade ok!

makanye~ malam tu sume pun bergerak ke sunway. 5 kereta. 1 moto. cite start 1130. 1030 da sampai. plan nak makan A&W tapi dah totop. kuciwa. so ke game lah semua destinasi seterusnye. oh aku memang suke main kete tu. tapi main auto benci weyh da sampai finish line tu die nak kate times up plak. cesh pendengki tahap gaban kan tu namenye. takpe nanti aku da reti main manual siap ko sampai shake pun kalah =p *cita2 biar tinggi!*

kitorang masuk lambat sebab mimi dan eca dan farisa hilang taktau gi mane tak muncul2. masuk2 wat bising kecoh nak cari tempat duduk. ceh padahal sume couple seat kat belakang je kan. kalau da ramai tuuu~ cite tu nak kate takut..saspen la. tapi hampeh. bile da saspen gile.. tetibe scene lawak sebenarnye. pastu tengah gelak2 cakap pfsarasin cite nih tetibe muncul lak muke antu. memang pfsarasin! haha. takut gak la bile antu tu bermaharajalela. duduk dengan buddy. dua2 penakut. tapi anugerah penakut terbaik malam tu uze dapat. haha.

aritu jugak hari makan sedunia. bamboo. big apple. 1901. subway. murni. huwoo. kekenyangan. kemengantukan. kepenatan. kuar uma 730 am. balik kul 7 pm. kul 930 pm kuar semula. kul 3 am baru balik. esoknye bangun subuh tak tido balik. kalau tido memang komfem kene tinggal bas la jawabnye. bas kul 10 balik JB tido sepanjang jalan.

kesimpulan, best. tolak yang tak best sume jadi 80% hepi amat =D


panjang kan tiket? total RM 286.


mata pun cam antu merah menyala bak saga.


aku suke gamba ni jadi nak letak gak. ngeh


geng separas wajib. siap ade penanda aras lagi. haha

#baki: ok gudnite. shuweetdeghim.

21 April 2009

digital library mari

hari ini aku berjaya masuk kelas contoh MSU. kelas demo name lainnye. kelas untuk tunjuk MSU ni learning condition die sangat bagus. selesa. proper. tapi baru harini aku tau kewujudan kelas tuh. dan dan dan ade satu je kelas itu. ngahahah. kelas contoh mestilah satu je kan. macam pertandingn kelas tercantik terbaik kat sekolah dulu mesti lah satu je kan. eh ke dua? depan kelas tu pun mungkin lagi satu. KOT~ tapi memang proper la kelas tu. ok la. apsal la tak sume kelas mencontohi kelas contoh ni. aihh. ok name pun MSU. dah shadap.

and oh. da 3 tahun kat sini. seminggu lagi habis belajar. aku tak penah jejak masukkan kaki melangkah lagi ke dalam digital library. ape rupe ape keadaan ape konsep ape segalenye la kat dalam tu aku tak tau pun. ngeh. kene masuk.


#baki: harini makan kfc gune kupon rm21.40 + egg tart. lupekan diet layan tekak.

16 April 2009

mahal kita


efi =D

frust cari gamba choc cheese marshmellow tak jumpe. chocolate chip walnut pun takdek. aiyaak. oh sedapnye~ *drooling*

#baki: mahal kita = i love you in filipino

15 April 2009

stupid idiot

benci bile hilang terus tak kembali kebebasan dan keseronokan sesuatu perkara disebabkan bende bodoh. pfsarasin ko mmg tak patut muncul dalam idup aku. pegi mati bole tak

14 April 2009

bile mood hilang

malas nak layan.
takyah herankan.
buat bodo sahaje.

lantak ko la. lantak aku la.

tanggal 14 april 2009

hidup beberape hari dibayangi lelaki2 gay.

tgk cite korea pasal lelaki gay.*name pun gay memang la lelaki*. ok tgk cite antique bakery tukang buat kek die gay. tengok cite matahari petang2 kul 630 tu tiba2 Dr syafik gay. dengan IQRAM DINZLY lak tu. tak seswai nye la hai~ sikit punye ensem macho mamat tu die suh blakon jd gay lak. adeyy.

teringat adegan hard gay ketika main truth or dare aritu plak jugak. oh hari ku dibayangi aksi2 perlakuan sonsang.

harini kelas anatomy sangat mengantukkan dan bosan. ulang balik je sume. dan amat la slow dr fatima yang cantik bergaye bagi orang tua kulit bersih mekap natural sweet cantik la kesimpulannye suke tengok muke die. bile sampai session kene tanye soklan dan komen2 tu terase nak cakap 'apekate dr bg lecture laju sikit'.

sebulan mase utk mereka2 yang benasib baik dapat cuti da abis makanye result pun telah boleh dikutip harini. alhamdulillahhhh~ (gaye encik alhamdulillah =p). sangatlah bersyukur weyh. ko tau aku tak blaja tengok utube tak takut langsung nak exam aritu. ketakutan nak amik result tu jangan cakaplah. sejuk satu badan lutut rase lemah tokleh nak bejalan mase name kene panggil tu. alhamdulillah. dapat ok =D. semua orang pun kelihatan bergembira tadi. tak kisahlah berape pun pointer tapi semua lepas kan. TAHNIAH tahniah tahniah semua!! da macam sem 1 semula da semua dapat DL balik kan. takpe jangan risau kite tak sempat pun nak amik elehh macam lah nak pegi pun kalau sempat pun kan. dah la kene bayar makan sijil pun sama je tetiap sem tak best tak rase spesel pun sape tak kenal MSU kan. dah. stop mengutuk.

#baki: dah nak sambung tgk cite gay. bye

12 April 2009

photographer khas car park

korang ade tukang amik gamba tempat parking? kitorang ade. aku la itu. bagai sudah dicop muke ini sebagai pengambil gambar tempat parking sampai tiap kali pegi shopping mall akan kedengaran bunyi ini 'sya amik gamba jangan lupe' ataupun 'sya da amik gamba lum' ataupun 'eh sya, tadi amik gamba tempat parking tak?' ngeh2. itu maknanye aku ade keje tetap. kan bagus.

dulu tak kisah sangat. tapi setelah beberape kali sesat cari kereta tak jumpe, aku da mule mengambil langkah berjaga2. and aku akan cube sedaye upaya ingat pintu masuk dari car park tuh walaupun aku memang fail bab2 direction nih teutama2 dalam shopping complex. kejadian utama penyebab aku mule amik gamba tempat parking: mase keluar dengan kazen terchenta tata nora. pegi jusco (erk lupe name..yg besar kt jb tuh. tebrau kot. ngeh =D). nak balik tu cari kete sikit punye la lame jauh bepusing2. tata ingat number lain. aku ingat number lain. car park kat bawah tu sikit punye besar weyh. gile penat bepusing2. setengah jam jugak kot bejalan cari.

ni koleksi yang masih ade dalam hanfon daku


okk obviously kat the garden


dekat mid valley kot. tak hengat.


rupe macam kat tesco shah alam. tak sure sangat tapi


ni dekat cineleisure kot. haha okk aku lupe sebenarnye.

#baki: sile hanye percaye yang kat the garden je. yang lain aku ilang ingatan.

11 April 2009

air terjun serendah bersama tasik biru kundang

cerita ini macam da lapuk. tapi masih ingin kuabadikan disini. weekend lepas kami pergi enjoy seperti takkan ade lagi weekend selepas itu (sebenarnya bukan la weekend sahaje. weekdays pun termasuk). tanpa plan semua kejadian hanya spontan. tetiap hari keluar sampai da rase penat keluar orang ajak keluar terus kate tanak penat da weyh. satu minggu ni aku da tengok 3 muvi. da pergi air terjun. da pegi picnic kat tasik. da pegi hair treatment. ok cerite ikut gamba lagi senang. nak bace pun tak bosan dan penat.

1) air terjun serendah


rombongan baru sampai. anis dengan farid missing in action. memang rendah pun air terjun die kan. tapi gile deras ramai lemas2.


bangun tido dalam mase setengah jam semua da ade dalam kerete (aku tengah tido lagi nida datang umah ajak pegi). jumpe kfc tengah jalan. dah tentu la wajib makan dulu kan. ngeh


mase untuk main air. muke2 excited kami. =D


aksi-aksi pelik terutama anal dan ayin. haha


aku takde disini. mungkin tengah lemas. deras weyh. tapi aku berjaye masuk blakang air tu! hanye selepas 3 kali percubaan. hee


mami ikan ditanam. ceh macam kat tepi pantai je kan pasir die. sungai je tapi.


2) tasik biru kundang

lepas puas bermandian kami bergerak ke tasik biru kundang memandangkan sandwich masih belum dibuat apetah lagi dimakan.



biru kundang la tu kan warne die


maghrib kat tepi tasik nasib tak kene sampok.


busy woh wat sandwich


ahli rombangan perempuan bersame bambee


myvi dengan kancil dating tepi tasik. romantik gilos

on the way balik cari masjid sembahyang maghrib 3x jugak berpusing tempat yang sama. aku lupe name tempat tu tapi masjid die ramai sangat orang. hari biasa je. takde ape2 majlis. siyes kagum.


meriah masjid ni. lepas semayang dorg dok berkumpulan mengaji.

lepas sembahyang singgah makan lagi. main truth or dare. gile semua sekali. gelak nak pecah perut. haha aku takkan lupe picnin kali ni. sumpah siyes bes begembira sakan. sekian sahaje. movie nanti kat entry lain. =)

10 April 2009

all time favourite



Every Time Our Eyes Meet,
There Is A Feelin Inside Me
It's Almost More Than I Can Take
Baby When You Touch Me
I Can Feel How Much You Love Me
And It Just Blows Me Away
I've Never Been This Close To Anyone
Or Anything
I Can Hear your Thoughts, I Can See Your Dreams

(Chorus):
I Dunno How You Do What You Do
I'm So In Love With You
It Just Keeps Getting Better
I Wanna Spend The Rest Of My life
With You By My Side
For Ever and Ever
Every Little Thing That You Do
Baby I'm Amazed By You

The Smell Of Your Skin
The Taste of your kiss
The Way You Whisper In The Dark
You're Hair All Around Me
Baby You Surround Me
You Touch Every Place In My Heart
Oh..It Feels Like The First Time, Every Time
I Wanna Spend The Whole Night..In You're Hands

(Chorus)

Every Little Thing That You Do
I'm So In Love With You
And It Just Keeps Getting Better
I Wanna Spend The Rest Of My Life
With You By My Side
For Ever And Ever
Every Little Thing That You Do
Every Little Thing That You Do

Baby I'm Amazed By You…

#baki: banyak bende nak cite sebenanye. tapi lum ade mood dan mase yang betul2 best nak mengarang. ceh mengarang. tokleh blah.

09 April 2009

mendalam

bekunya air mata kerana kerasnya hati

08 April 2009

never say u're sorry

love means never having to say you're sorry.

tepukan gemuruh!!

dengan ini distiharkan saye syafiza anak pakcik ramadhan dah habis tengok cite boys before flower dengan jayanye. TEPUKAN GEMURUH.

bessssss. cant stop smiling =) =) =) =)

ade beberape pengajaran yang didapati.
pertama, jangan becinta dengan org telampau kaya sbb byk masalah.
kedua, anak2 org telampau kaya sume sangat lonely dan kasihan
ketiga, cube sehabis baik sampai tak akan menyesal kalau tak dapat akhirnye pun.
keempat, family teamat sangat PENTING.

ok yang lain da malas nk list. sekarang saye syafiza perlu mule buat assignment malaysian studies pasal politik dan ekonomi yang tergendala dari aritu. oh kene study anatomy untuk kelas esok juga. haiiyyaaa. pfsarasin malas weyyhh.


scene yang aku rase mereka lelaki paling ensem dan pompuan paling cantik dalam dunia. bersama rantai azimat.



kakak paling cool penah ade dalam drama. i like~ sangat cantik juga.



lelaki2 telampau kaya. aku suke woo bin (kanan sekali) walaupun kadang2 poyo. eh baguslah rita rudaini mesti tak suke die.

#baki: syuhhh. pegi buat keje!

07 April 2009

hmm

sometimes the things you see might not be real, some things are visible through faith.


#baki: arini ramai orang kate ini. 'i wish i dont have feeling'. aku pun ade bekate dalam hati. adekah arini ari tidak berperasaan.

05 April 2009

in love

**tetibe jalan2 pusing2 keliling tenet tejumpe ni.

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back, to
let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
messages in your answering machine because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you
realize that you can not avoid that person's special attraction. At that
moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person.

well, i think there is one person in my mind as i read through this. is that supposed to mean that im in love? tak semestinye kan.

#baki: coming up, pantas dan garang 4 dan juga picnic sungai serendah ^_^

03 April 2009

everything old can be new again.

nate & blair again? ohh no. poor chuck. isk isk.

well, kinda menarik juge. semoga lebih banyak aksi si ego jual mahal padan muke chuck mengejar blair selepas ini. chasing chasing memang menarik minat.

and oh. as a reminder, everything old can be new again. +_-

#baki: faham perasaan frust tak dapat bende yang sangat dinanti dan dijanji dan keciwa akhirnya dan tidak apa yang boleh membantu kerana terpaksa menerime? oh it sucks i tell u.

pfsarasin!

PFSARASIN. apsal malang sangat arini. aihhhh. banyak tul kejadian. paling betul2 geram bengang baran extreme tahap gaban bedoh ialah apsal cite aku tengok da tokleh tengok kt utube! arini la ko nak claim copyright la apekebenda lagi tah memang cam hampeh la memang pfsarasin! mysoju stream lembap sangkut2 tekedu2 cam kucing batuk. campo dengan tenet lembap cam siput babi. ughhh! geramnye weyyyhhh.

AKU DA ABIS FINAL EXAM BM DAN JUGAK KUIZ MALAYISAN STUDIES ARINI BARU KAU NAK BUAT HAL KENAPAKAH. apsal tak dari semalam time aku patut stduy ko buat hal. knape knape knape weyyy. ciss la. pfsarasin!

02 April 2009

untung sabut timbul


Lucky is the man who is the first love of a woman,
but luckier is the woman who is the last love of a man.

kau takkan aku rindu

saye berdoa dan berharap supaya esok final exam bahasa melayu dibatalkan makanya bolehlah saye meneruskan menghabiskan menonton cerite boys before flower ini. baru episod 11. ohh banyak lagi ade 25 kesemuanye. bagaimana sekarang saye tidak boleh hendak berhenti menonton. PFSARASIN sungguh la.

babai BM esok last kite jumpe. adiosamigos. kau takkan aku rindu jangan risau.

01 April 2009

pokok dan bumbung


dijumpai di blok 30 apartment seroja.



kite tunggu 5 tahun lagi.



sape tau bole jadi camni 50 tahun lagi. kan?


#baki: 10 tahun lagi nak datang seroja tengok kabar pokok ni.
#bakui2: aku nak kamera. kalau bole DSLR. nak sponsor?