24 July 2009

last minute itu ok

yeah misi keje last minit berjaya. ^_^

post ini mungkin sangat membosankan. aku dah warning jadi siapa rajin baca padan muka dia. -_-


akhirnye ini la kerja terakhir utk degree biomedicine kami. dah siap. yaayy!! okay tapi tetap gagal dalam azam taknak buat keje last minit. cett dari kecik berazam sampai dah habis degree pun tak bejaye buat. kalau azam ni jadi kayu pengukur kejayaan dalam hidup memang gile gagal lah aku.

ade mase lebih seminggu untuk nak siapkan report ni. tapi ape yang dibuat?? entah. macam2 tapi bukan report la obviouly. eh aku buat jugak la mase kat rumah haritu. 10% je kot. setakat tulis tajuk bagi setiap chapter and subtopic and membebel sikit2. pastu wat declaration acknowledgement bende2 remeh camtu je lah. hekhek.

bila tiba2 dah kene hantar pun aku masih malas nak layan. balik kelas kul 3 petang semalam baru nak start buat logbook. itu pun aku dh lupe flow kat sane jadinye amik aishah dengan aida punye untuk direfer. guess bape lame aku siapkan logbook yang cume untuk 10 hari? 3 jam. yesh 3 jam. haha melampau bukan.

bila malam tu pulak macam kecoh sungguh rumah ni. ramai saling kunjung mengunjung dari petang hingga ke malam tak putus2 orang datang. ceceyh bukan lah orang lain tapi mereka2 yang sama2 kene hantar report esok juga. semua sibuk baru nak cari carta organisasi, baru nak tanye macam mane orang buat, kalau taknak buat certain things tu ade effect ke tak. so memang happening lah rumah ni semalam. by pukul 9 malam aku dah tension. serabut. mane tak nye..belambak betimbun tak buat lagi. satu department dalam hopital tu pun aku tak siap buat lagi. nguhu.

pukul 2 dah rase tak larat dah. badan dah sakit duduk lame. pinggang sakit. kaki sakit. haa semua sakit nak datang. aku baring rase taknak bangun dah. pastu teringat belum semayang isyak baru bangun. pulun semula buat lepastu.

pukul 4.30 aku masih cuba bertahan. kalau tido komfem tak bangun subuh nanti tak sedar. tambah dengan badan dah penat gile. kul 5 dah betul2 weak. tangan buat keje tapi mata aku dah tertutup2 mengadap laptop. last2 tak boleh gak tahan kul 5.20 aku tido. konon2 nak bangun 6.45. huh memang tak la kan. selamat subuh aku. bukan takat subuh gajah. dinosour terus.

sedar2 kul 10 buddy datang sambung tido tepi aku. baru tengok hanfon ade message and call yang langsung tak dengar. maaf maaf. bangun sambung edit2 format dan segalanye untuk misi mengcompletekan. tak sedap hati sebab aku tak buat satu chapter ramai orang lain buat. last2 sambung buat tu kejap tapi pendek gile 2 page je. haha. yang penting ade je la =D.

tepat 11.30 am. teng teneng teng..siap! ah gembira amat takyah cakap. puas hati. =D ^_^ -_-

baiklah sekian sahaje cerita pasal keje last minit saye. jumpe dilain waktu. selamat beramal. heh. bye.


#baki: ayin sangat2 taknak buat report. die punye tension bukan sebab malas atau susah atau banyak kene buat. tapi tension sebab kene buat bende die sangat taknak buat. aku pun pelik kenape. dah lah keje last. lepastu tak pernah lagi die macam ni. haha yinton yinton~

No comments: