26 July 2009

hipokrit dan islam

tajuk macam nak bagi ceramah hal agama je. bukan lah. saye tak hebat ilmu agama. cuma terfikir. okey mari kita cerita2.

semua orang tahu hipokrit= a pretender. ape yang dizahirkan tak same dengan ape yang sebenar. sama ade dalam bentuk pemikiran atau perasaan atau perbuatan.

hipokrit memang ade banyak. contoh yang paling common sekali mase macam ni:

1) bila berdepan dengan orang yang tak berape disukai, kite akan layan die baik je padahal dalam hati 'cepatlah blah aku malas nak layan' tak pun 'ape aku nak bagi alasan nak blah ni'.

2) bila tidak berape bersetuju dengan pendapat atau keputusan orang lain. sebenarnye tak setuju tapi malas nak argue so setuju aje lah.

3) bile menafikan perasaan sendiri. hati kau suka sebenarnye kat dia tu tapi bila orang tu confess kau buat2 tak layan dan jual mahal.

betul kan? ramai orang pernah hipokrit macam tu kan.


okay, dalam islam kita disuruh jujur dan menjaga hati orang lain. tak baik menipu dan menyakitkan hati orang.

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)


orang hipokrit selalunye berpura2. menipu secara halus dan baik dan bersopan tipunye itu. okay. dalam bahasa melayu, tipu= bohong= dusta.

ramai orang hipokrit sebab nak jaga hati orang lain. kita taknak orang lain kecik hati kalau kite direct sangat cakap. contohnye 'weyh aku malas dah la nak dengar asik bende same jugak ko ulang lagi'. kan die sakit hati kalau dengar.

kita nak elak masam muka sesame sendiri. nak elak bergaduh. lagi2 kalau dengan orang yang memang tak suka kalah ni. susah kalau ade problem dengan diorang. bila part yang jual mahal tapi hati suka tu sebab taknak tunjuk kita macam beria nak die jugak. nak slow2.

tapi semua tu hipokrit jugak kann.

dan...siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu.


jadi.. adekah lebih baik kite cakap direct je dengan mereka yang selalu kite hipokrit? tapi mungkin dengan cara yang lembut dan sopan dan baik menerangkan. macam tu? huu letih jugak la kot.


#baki: harini mengemas segala barang sebab dah nak kene keluar rumah. dah habis belajar kan (heyp belagak lak eh ^_^). gile lah penat dah sakit pinggang asik bongkok2 je. jadi sekarang nak tido.

#baki2: bulan cantikkk amat sangat malam ni. selamat malam bulan =)

No comments: