02 April 2011

meh nak cerita-cerita sikit.

ahad lepas dikala hujan lebat tiba-tiba sang petir menyambar kuat terlampau. mak dan ayah berkata 'rumah siapa lah yang kene ni agaknye'. bila malam muncul hajat dihati mahu bersosial terbantut modem terbakar dek petir. nak mandi air panas pun menjadi mangsa si petir. maka ayah pun cek satu-satu alat elektrik lain. satu aircond juga menjadi mangsa. namun semua ahli rumah bersyukur bukan aircond bilik yang kene. wakakaka rumah kite lah mak yang kene tuuu. maka seminggu lah kami tidak berinternet baru ade semula semalam.

blackberry terchenta ku pulak bermasalah. RM35 kredit habis entah hilang diserap kemana. habis dah aku godeh2 setting segala masih gak camtu. celcom maxis nasib sama je. so hanfon tu lah yang bermasalah rasanye kan. malas nak pergi memane center so pakai number terbiar di rumah menggunakan nokia spring. tau tak nokia spring yang mane? pegi google. eh jangan, aku dah try tapi keluar lain. haha tah ape nama nokia ni aku panggil die nokia spring.
jadi mahu minta maaf rakan-rakan yang kontek gune bbm. nanti aku balik india kite bbm okeh. heh.

walau rajin bersenam di rumah, tetap naik 2kg. exam menyebabkan aku turun 3kg duduk rumah naik balik. tapi tidak mengapa yang penting kau senam sya.

oh cerita pasal exam. tak amik lagi result so taktau dapat ape. yang tahu nye pass sahaje. syukur alhamdulillah. macam nak mati tunggu nak tau pass ke tak. tapi yang pasti forensic medicine adelah paper paling disaster markah saye confirm!

Tahniah Nurul Huda AbdulRahman dan Sahrina Wardi! dah jadi doctor dah korang :) lepas ni syadah pulak hujung tahun ni :)

baiklah sekian sahaje.


lagu ni taknak keluar dari kepala.




seminggu je tinggal. huk.

1 comment:

Nuruljannah BadrulHisham said...

sya.aku penah kena mcm kau.. kau kena disable kan semua iternet connection untk semua 3rd party application ko.. kalo bb aku blod kena pegi ke settings>options>applications>and then dia akan list semua third party application aku>click satu2>and pilih pada edit permissions>
connections plih deny
interactions pilih deny
user data pilih deny

and some application bila kau ubah setting tu dia dh xboleh function.. setting tu la yg menelan kredit kau.. kerana dia auto update and bila prepaid malaysia kan limited usage..tu yg dia akn charge kau 0.10/1bps..kalau nk save, amik je pelan RM2.50 celcom tu.. unlimited.. update la berapa lame pon dh include.. or kau blh guna maxis RM20 per month, and then make sure xde kredit dh dlm sim card ko tu.. all the best dear.. nnti kalo dh on BBM, ping aku ya..hihihi