31 August 2010

setiap kali terfikir rasa nak give up,
teringat mak dengan ayah dekat rumah.
sebab tahu diorang tak mengharap apa-apa, mak dengan ayah kata 'kalau akak lulus, alhamdulillah. tu rezeki akak usaha akak. mak ayah doakan yang terbaik untuk akak. kalau dah takde rezeki tu, balik sini nanti kerja lah kilang'. sambil senyum je.

aduh, tak sampai hati nak give up tiap kali teringat tu semua. siapa yang sampai hati macam tu. maka sambung lah aku study semula. hihi bagus jugak taktik mak aku tu.

harini skype dengan diorang tadi, wahhh sangat meriah rumah. bersepah ayah, abang, adik tengah lap dinding rumah bersihkan. cuti merdeka kan harini maka kat rumah pun operasi raya lah. kalau aku ade kat rumah mesti tengah buat kuih sekarang dengan mak T_T. terus rasa sedih.

tak pernah la kot sebelum-sebelum ni dengar lagu raya aku nak keluar air mata kan. ini tak, lagu gembira sakan pun aku rasa nak menangis dengar lirik die. haiyyo. memang terasa la kene raya dekat sini.

alaa sebenarnye stress exam ni yang buat tambah rasa tu. kalau tak, aku rasa enjoy je pun. sesekali bila lagi nak rasa raya tak balik rumah. stress siot exam ni!

dah skype. dah bercerita. dah dengar lagu disukai.
maka, mari mari sambung mengadap patho.
saya syafiza ramadhan berjanji kene paksa diri study betul-betul supaya bila balik raya nanti dapat balik dengan hati yang sangat puas dan enjoy malaysia semaksimumnye.

eh jap jom doa sesama
'Ya allah, kau berkatilah ilmu yang aku pelajari. kau yakinkan lah ilmu-Mu ini. Ya Allah berikan lah keputusan yang cemerlang untuk ku dan kawan-kawanku. kau tabahkan lah hati kami dalam mendalami ilmu-Mu ini. Ya Allah kami belajar kerana-Mu. Amin'

good luck semua yang tengah dan bakal exam.
selamat hari raya untuk kamu-kamu di Malaysia :)

1 comment:

cemot said...
This comment has been removed by the author.