27 September 2009

yassin arwah. doa selamat. open house.

kali ini kite biar gambar yang bercakap okeh?



kaum ibu baca yassin dan doa selamat. AMIN..



marhaban. bukan meraban.



ahli mesyuarat tingkap dapo.






nasi ambang! sile jeles semua orang yang dah lame tak makan. heh


sebelah malam pulak ade makan2. seronok tahap gaban saye jumpe dak2 sekolah rendah semule. terime kasih daun keladi korang2 semua. yang unexpected pun sampai. lame pulak tu korang lepak umah aku. THANK YOU :)

izuan and razi paling tak disangka2. haha 10 tahun dah kot tak nampak tak dengar cerita. thnx taufiq dan kerol dan fazari memanggil2 mereka2 semua. aku takde number fon diorang semua. konon2 leh lah wat reunion skali. ramai tak dapt datang tapinye. huu. last minit call memang lah kan.

kalau shima, farah, julie, lina, nora, mala, faziha, farid ade dalam kampung mesti lagi ramai. apsal lah korang balik kolej awal sangat kan.


open house kampung style. dok bawah je.



azah, uza, ina, sya


taufiq, ain & boifren, izuan, jannah.


ok ni gambar sesat. ni mase raya ke-4. suria, nora, shima dan kawan2

#baki: suria and razi takde dalam gambar.

25 September 2009

head over heels

lain yang ditunggu, lain yang datang dulu. ish.

encik, macam siput lah awak ni

22 September 2009

JEMPUTAN KHAS

rakan-rakan dan taulan sekalian,

jemput datang rumah saye 26 SEPTEMBER ini hari sabtu. ade kenduri arwah dan doa selamat. yassin orang perempuan siang. datang makan sampai malam boleh.

yang dekat sangat dijemput. yang jauh sangat dialu-alukan. boleh calling2 kalau taktau jalan. yang nak naik bas datang pun boleh. insyaallah aku amik kat larkin nanti.

jemput datang semua okeh :)

17 September 2009

gelombang atau orang kate 'wave'

dato' dr fadzilah kamsah berkate:

berdasarkan kajian, apabila kite menyukai seseorang, berkemungkinan besar orang tersebut mempunyai perasaan yang sama. ini kerana otak kedua-dua orang ini saling menyampaikan dan menerima gelombang tersebut. ada chemistry gitu orang kate.

haa! teng teneng teng. -_-

ceceyh asal dr fadzilah kamsah cakap je terus nak caye. selame ni orang lain cakap tanak caye sangat. tapi sekarang aku nak pecaye sebab dr. fadzilah kamsah yang cakap. ngeh. arini aku malas nak gi google2 cari2 sume. aku cume nak pecaye teori ini setelah sekian lame.



#baki: hye awak. ^_^

07 September 2009

kenapa yang last itu mesti buat kacau

ini bukan cerita anak bongsu yang jadi black sheep dalam family.

ini cerita kenapa sering keputusan terakhir aku sentiase selalu buat kacau merosakkan segala yang elok selama bertahun2 dikumpul. dah lima exam besar dilalui. kecuali UPSR semuanye kacau bilau.


PMR... bm aku B. gile frust. seriously. wth kan bm B yang lain A.

SPM... kimia dan fizik B3. demmit yang lain semua A1. frust menonggeng menangis siang malam. nak apply overseas tak lepas. semua nak at least bio and kimia or kimia and fizik A2. mase ni macam putus harapan. macam gelap mase depan yang diimpikan.

Matrix... sem 1 aku lepas 3.5, sem 2 tak lepas. babeng. kalau tak dah 3 tahun aku kat indon dengan aidil and yah buat medic.

pfsarasin kan? frust weyh. mesti yang last sekali wat hal. T_T


selase lagi dua hari result sem terakhir penentu masa depan aku keluar. same ade dapat sambung pergi india atau tidak. same ade result aku mantain atau drop menjunam macam yang lepas2.

lepastu, mak siap nazar nak puasa 3 hari kalau result mantain.

YA ALLAH..

boleh bayangkan tak tekanan sekarang. macam mane kalau masih same. macam mane kalau result kali ni kantoi jugak???.

macam mane. ape jadi nanti. nak buat ape. macam mane aku nak hadapi bende tu. macam mane itu. macam mane ini. macam mane macam-macam.

sejak kamis lepas dapat tau result keluar selase dan ida and tom dah tau mereka lepas, tak payah cakap lah tak tentu arah nye hidup ni. berdebar. takut. cuak. tak sabar nak tau. takutttttttt sangat sangat yang pasti. takut nak hadapi kenyataan. T_T. mak dengan ayah yang sangat memahami lagi laaa buat aku taknak buat diorang kuciwa.

aku tak hebat macam korang kat luar sane. aku tau. cuma, aku nak dapat ape aku nak dan harap.

dari pertama kali kaki jejak kat universiti, cuma ade satu cita-cita utama cik syafiza ramadhan. nak grad 1st class honour.

masih sangat berharap cita2 tercapai T_T.

04 September 2009

terpatah la pulak

dengan ini saya telah mematahkan side mirror kereta ayah kesayangan saye. T_T. ampun maaf dari ujung rambut ayah. tolak duit raya.


langgar tiang kuning belakang tu mase reverse *ni dah balik umah*



tunggu mak pergi pejabat pos. heh.

dan juga.

dengan ini saya dah mendaftar sebagai pengundi negara malaysia terchenta. yayy! anda pula bagaimana?


#baki: ok dah. selamat berbuka semua!

01 September 2009

why i hate treadmill

sebab aku fobia dengan treadmill. haha. rare kan. gelak laa gelak gelak. :p

betul.. tak tipu weyh. takut nak naik atas tu. berjalan pun aku takut pelagi nak berlari sakan.

lebih kurang 3 bulan lepas, dengan penuh keazaman nak kurus aku pun bercita2 la nak berjogging setiap hari. so semangat gile lah bersiap nak berlari kat treadmill mak. dah bertahun bende tu wujud kat rumah ni sekali pun aku tak penah guna. ngeh.

baik lah mari mule cerita punca fobia.

aku tak reti nak set bende alah treadmill itu. tapi dah start lari dulu. so panggil lah mak sambil penuh semangat wajar berlari-larian tu. stop sekejap naik kat tepi tempat yang tak bergerak tunggu mak datang.

tibe-tibe..

aku pening. gelap. tak nampak ape2. aku tunduk. kepala baring atas board yang penuh calculation tu. tak sedar ape2 dah. perlahan2 badan ikut jatuh. terduduk atas conveyor belt yang masih bergerak. ape lagii..tercampak lah ke belakang. kepala terhantuk kat bucu tile dinding rumah. sepit rambut yang aku tengah pakai tu pun menyumbang kesakitan jugak. kaki terselit bawah conveyor belt tu rosak habis jadi nipis. kalau lambat tarik keluar mungkin kaki aku pun die nipiskan sekali.



hoit kate tak sedar tapi leh lak cerite detail. mak aku bagitau lah cerite ni. nasib mak dah datang mase tu. die sempat pegang aku. cume kudrat mak mane lah kuat nak tampung aku yang tetibe je tak sedar diri. orang mati kan berat.
bayangkan kalau mak takde. mungkin dah mati terus kan lagi kuat aku jatuh terhentak kepala tu. huk T_T



dalam 30 saat je tak sedar. sedar2 je.. mak tengah peluk. tengok muke mak dah pucat nak nangis sambil panggil2 'akakk.. kak.. bangun'. aku cam blur. tanye 'kenape mak'. kepala rase bengal gile. cam bengkak. sakit amat. pastu baru sedar aku dah terbaring kat bawah. eheh.

rupenye blood pressure rendah lepas gi klinik check.. dan mungkin sebab aku stop tetibe dari lari tu. weyy baru 7 minit lah. bukan lame pun. speed pun kat 5 je. gile lemah. adoyaii. haihh wat malu je.

haha itu lah puncanye.

aku sedar aku sangat takut dengan treadmill tu semalam. konon2 nak berlatih lari untuk BTN bulan 10 nanti. diorang yang dah pegi kate kene lari 2 km dalam mase yang ditetapkan. so saye yang lemah gile stamina ni berazam nak keep fit lah.

naik je bende tu. aku punye jantung laju gile jangan cakap lah. cam kene kejar anjing. start pun dari speed 1.0. haha budus. jalan biase pun lagi laju dari tu. aku cume berjalan je semalam. berjalan. tak lari langsung. nak stop pun gile step by step aku slowkan dari 4 ke 1 semule. bile dah stop. takut nak gerak turun. takut nak bergerak. kepala pun macam pening. ke aku yang rase pening sebab terbayang haritu aku pun tak sure.

mak marah. die tak kasi buat. tapi aku buat jugak siap janji jalan je tak lari. mak pun ade kat situ je perhatikan. ahha takut sangat aku jatuh lagi. and dah pesan kat mak jangan bagitau ayah. ^_^


#baki: bekas benjol kat kepala tu masih sakit lagi sekarang.